Isnin, 12 Jun 2017

ISNIN :12 JUN 2017 - MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MAKANAN DAN KEPERLUAN DAPUR OLEH SYARIKAT SEVEN ELEVEN SG. PETANI.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus 7eleven cawangan Sg. Petani kepada keluarga murid yang layak dam terpilih. Sumbangan merupakan makanan dan barangan keperluan asas dapur sempena bulan Ramadhan al-Mubarak. Pihak sekolah selaku mewakili keluarga yang menerima sumbangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan 7eleven.


Rabu, 17 Mei 2017

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN

Pada hari Rabu 17 Mei 2017 bertepatan jam 11.00 pagi telah dijalankan latihan kawad kebakaran bersama ahli-ahli bomba dari Balai Bomba Tikam Batu. Masa yang ambil untuk murid berkumpul di dataran perhimpunan ialah dua minit lima belas saat.










MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU....2017 (GURU PEMBINA NEGARA BANGSA)

Majlis Sambutan Hari Guru SK Simpor telah dijalankan dengan jayanya pada 16 Mei 2017 bermula jam 8.00 pg di Dewan Sri Simpor. Acara dimulakan dengan bacaan Yaseen dan tahlil diikuti dengan ucapan Guru Besar, ucapan YDP PIBG, ucapan wakil guru dan wakil murid serta pembacaan perutusan KPM dan perutusan Menteri Pendidikan, nyanyian lagu tema Guru Pembina Negara Bangsa, lagu Guru Malaysia serta pembacaan Ikrar Guru. majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan murid serta sukaneka guru dan murid. SELAMAT HARI GURU.
Majlis Tahlil dan bacaan Yaseen sempena Hari Guru.

Wajah-wajah ceria guru SKS

Pembacaan perutusan dan ucapan YDP PIBG dan wakil murid

Guru Pembina Negara Bangsa.....

warga pendidik SK Simpor.....comey-comey belako.....

"kerana cikgu,  kami jadi orang," kata murid... Terimakasih cikgu !

Sukaneka.....boling buah simpor.......johan Cikgu Asri, memang patut pun...PK KoKu

Pembacaa perutusan Ketua Pengarah KPM

Pembacaa perutusan Menteri Pendidikan

Ikrar Guru diketuai oleh Guru Besar SK Simpor, Ustaz Khairul Anuar Hashim

Ucapan Wakil Murid....Haziq Danial bin Hasnan

Ragam guru........dari kiri:
Cikgu Nasibah, Cikgu Hasniyana, Cikgu Choo, Teacher Amalina, Cikgu Wan Maisarah dan Cikgu Faezah

Acara memotong kek Hari guru oleh
Ustaz Khairul Anuar (GB), Encik Zainol Abidin (YDP PIBG) dan Encik Badrul Aisham Chik (PK 1)

Kek Hari Guru.......Strawberi cheese cake........nyam..nyam...sedapnyeee....

Ahad, 14 Mei 2017

EXPERIMENT SAINS

Murid seronok menjalankan experiment semasa program teknik menjawab sains UPSR...

Sabtu, 13 Mei 2017

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SAINS UPSR 2017

TEKNIK MENJAWAB SAINS UPSR 2017 ....disampaikan oleh Puan Sabrina Saffrudin dari SK Sungai Pinang, Pulau Pinang telah berjalan dengan lancer dan jayanya. Objektif program tercapai 100%. Tahniah kepada Panitia Sains yang telah Berjaya menganjurkan program.

Khusyuk dan tekun mengikuti program dengan penuh minat.

PROGRAM JAYA WARIS UPSR 2017

Pada 14 Mei 2017 SK Simpor telah Berjaya menganjurkan PROGRAM JAYA WARIS UPSR 2017 bersempena dengan Program "Sense of Urgency 1.0". Program ini telah berjaya mendapat respon yang amat baik daripada waris yang terlibat.


SEMINAR PENULISAN JAWI

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Seminar Penulisan Jawi kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6  pada 14.05.2017 jam 8.00 hingga 10.30 pagi. Objektif penganjuran seminar ini telah tercapai dengan jayanya, di mana lebih 80% murid dapat menguasai penulisan jawi dengan baik.

Tahniah diucapkan kepada pihak Pengurusan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

memoir sepanjang seminar penulisan jawi

Tekun mengikuti seminar penulisan jawi yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohammad Azhar

Semoga akan bertambah murid yang mahir jawi

Dengar betul-betul.....catit apa yang patut....

Insyaallah.....tercapai objektif....100% murid mahir Jawi.

Rabu, 10 Mei 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PENINGKATAN UJIAN MAC TAHUN 6 2017

Majlis telah berlangsung pada 11 Mei 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Sri Simpor pada jam 7.45 pagi. Tahniah diucapkan kepada murid yang telah berjaya menunjukkan kesungguhan dalam pelajaran.




Ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar, Encik Khairul Anuar Bin Hashim

Murid khusyuk mendengar amanat dari guru besar.
Antara wajah-wajah penerima anugerah......

Semoga menjadi pembakar semangat di masa akan datang... teruskan berusaha..! 
Bangga dengan kejayaan masing-masing.

Kami Boleh.........!

Isnin, 8 Mei 2017

Imej Organisasi SK Simpor 2017

Warga SK Simpor....Sederap dan Sejiwa ke arah kecemerlangan!!!

Dengan penuh semangat,ceria dan penuh kebanggaan untuk mencipta kejayaaan dan kecemerlangan sekolah.

Latihan Kawad Kebakaran Kali 1 2017

Satu latihan kawad kebakaran telah diadakan pada 9 Mei 2017 jam 11 pagi dan berlangsung dengan jayanya melibatkan seramai 334 orang murid dan 4
Murid sedang disusun atur mengikut kelas 

Murid mendengar taklimat ringkas dari guru





Gyru sedang mengambil kedatangan murid melalui jadual kedatangan

4 guru dan kakitangan.

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH KMY 2017.

Pada 25 - 27 Januari 2017, seramai 2 anggota TKRS menghadiri kursus kenaikan pangkat koperal peringkat Daerah KMY dan telah menamatkan kursus dengan jaya.
Kursus telah dijalankan di Pusat KoKurikulum Daerah KualaMuda/Yan (SMK Yan) selama 3 hari 2 malam.
Encik Khairul Anuar Hashim (GB SK Simpor) menyerahkan  sijil kenaikan pangkat kepada
Koperal Mohammad Nabil Fikri bin Abdullah.

Tahniah, Koperal Anis Natasya bt. Mohd Subhi.
Semoga menjadi motivasi kepada anggota-anggota TKRS yang lain 

SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) TAHUN 4

Pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadi lebih seronok dan menarik minat murid apabila mereka  diberi peluang menjalankan pembelajaran kendiri dengan menggunakan perisian TMK yang telah dibekalkan oleh KPM.
tekun menjawab soalan interaktif.......

sebagai ulangkaji bagi menghadapi ujian pertengahan tahun.....

belajar bersama rakan sebaya dengan menggunakan teknologi terkini memang best........

masa 60 minit tak terasa.......

Khamis, 4 Mei 2017

PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Murid berFr0ging melalui laman maya VLE......sebagai menyahut saranan mengaplikasikan Pembelajaran Abad Ke 21........dalam PdP.
ber FROGing dengan penuh minat..........

macam ni....barulah syok belajar.....

e eh......suka la tu.......!😃

berFROGing sambil berPosing.............alahai....