Isnin, 14 Mac 2016

Fenomena El Nino dan Strok Haba

Apa itu El Nino


El Nino adalah arus laut panas yang menggantikan arus laut sejuk atau dikenali juga sebagai pemanasan lautan yang berlaku di luar pantai barat Peru di Amerika Selatan dan berlaku dalam tempoh tertentu. Kesan daripada fenomena ini akan menyebabkan negara mengalami cuaca kering luar biasa atau kemarau dan peningkatan suhu dan orang awam terutamanya golongan kanak-kanak, dan warga tua berisiko untuk mengalami Strok Haba.

Apa itu Strok Haba?

Strok Haba adalah apabila suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius berbanding suhu badan biasa iaitu 37 darjah celcius dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat. Tanda-tanda strok haba adalah seperti yang dinyatakan dalam gambar dibawah.

 

 Cara Merawat dan Mencegah Strok Haba

  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba.
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa.
  3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas.
  6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air.
  8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan.
Cara pencegahan strok haba:
  1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
  2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari.
  3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
  4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
  5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.

Oleh itu pihak sekolah menyarankan supaya semua pelajar dan kakitangan sekolah agar mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada matahari dan meminum air secukupnya bagi mengelakkan Strok Haba semasa cuti sekolah ini.


Sumber rujukan: MOSTI , thevocket , HOSPITAL SELAYANG