Rabu, 17 Oktober 2012

GURU GANTI

Kekosongan guru segera diganti......

Berikutan kekosongan seorang guru iaitu Puan Fauziah Bt. Mansor yang cuti bersalin, seorang guru ganti diberikan oleh PPDKMY iaitu Cik Waisyul Ayuna Binti Ahmad Napiah. Selamat bertugas cikgu. Jasa cikgu tetap dikenang. "Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi." Moga murid SK Simpor akan berkembang segar dengan kehadiran cikgu.......

DEWAN TERBUKA

Landskap baru SK Simpor.... akan terbina sebuah dewan terbuka serbaguna menggantikan padang yang sekangkang kera ini.

MAJLIS BACAAN YAASIN

Memohon Keberkatan Illahi, Majlis Bacaan Yaasin Setiap Khamis

Telah menjadi amalan warga SK Simpor memohon keberkatan dari Allah bagi setiap usaha yang dilakukan demi rezeki yang halal. Majlis bacaan Yaasin diadakah pada setiap pagi Khamis. Ini adalah majlis yang berlangsung pada 18 Oktober 2012, diketuai oleh Ustaz Akmal Hizam Bin Darus.

LOKASI SEKOLAH


LIHAT SEKOLAH MELALUI GOOGLE

KELAS KAFA

Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain

Beginilah gigihnya guru-guru KAFA mendidik anak-anak dengan agama. Tahniah atas usaha anda semua. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa anda. Insya Allah.

Selasa, 16 Oktober 2012

AKTIVITI SELEPAS UPSR

Lepas UPSR, bermacam-macam kemahiran diterapkan.....

Antara aktiviti yang dijalankan selepas UPSR bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sebagai persediaan ke sekolah menengah.

Ni dia cara-cara nak buat inti karipap pusinggg......
Eeee patah sat gi senduk tu, pelan-pelan sikit Kak.....

Kalau nak tau, chef kat hotel-hotel kebanyakannya adalah lelaki, hang nak malu apa? Ni dia bakal chef terkenal..... he he he

PEMBINAAN DEWAN TERBUKA

Akhirnya pembinaan dewan terbuka serbaguna bermula....

Kerajaan Malaysia melalui peruntukan khas Menteri Pelajaran telah meluluskan pembinaan dewan terbuka serbaguna untuk sekolah ini setelah menunggu sekian lama. Syukur Alhamdulillah kerana dengan berkat usaha gigih kita bersama, permohonan kita dikabulkan. Diharapkan dengan terbinanya dewan ini, aktiviti murid dan guru dapat dijalankan pada sepanjang tahun. Dewan ini juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Terima kasih MALAYSIA yang kucinta.