Rabu, 21 Mac 2012

Seronoknya belajar Sains!!

Pembelajaran sains memang menyeronokkan dan sentiasa tak cukup masa, apatah lagi bila masa eksperiment. Sekolah tanpa makmal memaksa guru melaksanakan eksperimen di luar bilik darjah. Masa ini bukan sahaja murid kelas berkenaan malah murid kelas lain pun turut serta.
Tekunnya mengukur ketinggian pokok kacang.

Ukur biar tepat ye, baca baik-baik.

Berapa bacaannya, nak rekod ni....

Ukur la berapa jarak ambulan ni bergerak atas permukaan permaidani, kemudian rekod dalam buku PeKA.

Yeh seronoknya. Tapi jangan lupa, catat jarak yang dilaluinya ye bang...

Begitu tekun menyiapkan laporan PeKA Sains..... target A kut?

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2011

SKS telah menerima 3 orang bakal guru yang menjalani PBS mulai 18 Mac hingga 22 Mac 2012. Mereka telah menjalani PBS dengan jayanya dan warga SKS mendoakan semoga mereka akan menjadi pendidik yang berjaya dan cemerlang. Selamat maju jaya semua!!!!!!!
Bergambar kenangan bersama Encik Mukhtar Bin Hj Hashim, Guru Besar SKS di hari akhir PBS.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

SELAMAT MAJU JAYA!!!

Ahad, 18 Mac 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

Hari Anugerah Cemerlang telah berlangsung pada 4 Mac 2012. Tahniah kepada semua yang berjaya dengan cemerlang dan terima kasih kepada semua warga SKS yang bertungkus lumus menjayakannya.

Isnin, 5 Mac 2012

Bantuan Persekolahan RM100

Satu majlis penyerahan Wang Bantuan Persekolahan telah diadakan pada 15 November 2011 bertempat di kantin SK Simpor. Pengeluaran wang diiringi oleh En. Firdaus, pegawai polis dari Balai Polis Tikam Batu. Guru besar mengingatkan kepada semua waris agar menggunakan wang bantuan tersebut untuk kepentingan anak-anak yang bersekolah seperti membeli buku-buku, pakaian dan peralatan persekolahan supaya apabila persekolahan tahun 2012 bermula, semuanya sudah bersiap sedia. Beliau juga memohon supaya semua waris bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang prihatin akan kebajikan rakyat yang memerlukan.
Guru besar, En. Mukhtar Bin Hj Hashim sedang memberikan taklimat kepada waris.

Sebahagian waris sedang kusyuk mendengar taklimat dari guru besar.

Waris yang datang untuk mendengar taklimat dan menerima bantuan persekolahan RM100. Syukur Alhamdulillah.

Sabtu, 3 Mac 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

Hari Anugerah Cemerlang telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 4 Mac, 2012. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Shahanim Binti Mohamad Yusoff, Yang Di Pertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia, Kedah (PERDASAMA). Beliau merasmikan HAC disamping menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua penerima hadiah dan terima kasih kepada Puan Shahanim di atas sumbangan sebanyak RM2,000.00 untuk program kecemerlangan akademik sekolah ini. Sekalung budi buat puan.






Kita Juara Pertandingan Hafazan MGB Kuala Muda 2 Kategori Perempuan

SK Simpor telah menjuarai Pertandingan Hafazan Kategori Perempuan melalui wakilnya Nur Ain Hannani Binti Mohd Zakir (Tahun 6 Pintar) dalam Karnival Aktiviti Ko-Akademik Pendidikan Islam anjuran PPDKMY dan Majlis Guru Besar Kuala Muda 2 pada 25 Februari yang lalu. Beliau akan  mewakili MGB KM2 ke peringkat daerah yang akan diadakan pada 3 Mac 2012 di SK. Sungai Layar. Kita semua mendoakan kejayaan beliau bagi mengharumkan nama sekolah dan MGBKM2. Insya Allah. Syabas buat Nur Ain Hannani............

Jumaat, 2 Mac 2012

Merentas Desa 2012

Kejohanan Merentas Desa SK Simpor telah diadakan pada 3 Mac, 2012 melibatkan semua murid tahap 2.

Tahniah kepada yang berjaya......tahniah semua.....Hoorey.