Rabu, 29 Februari 2012

KARNIVAL SAINS 2012

Karnival Sains SKS dengan tema "Science in your daily life" telah diadakan pada 27 Februari 2012 bertempat di Dewan Ilmu, SKS. Dikendalikan oleh Panitia Sains, dibantu oleh semua guru sains dan murid Tahun 6 Pintar. Karnival ini dibuat dalam bentuk stesyen dan murid-murid boleh melakukan eksperimen yang disediakan. Penilaian dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan karnival ini.




Ahad, 19 Februari 2012

WAJAH-WAJAH CEMERLANG UPSR 2011

Sekalung tahniah kepada anda semua. Semoga masa depan anda lebih cerah lagi.


Muhammad Amirul Najhan Bin Muhd Isa

Nur Aimi Nadhirah Bt Azman

Dhivash a/l Ramadas

Anis Natrah Bt Mohd Roshidi


HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada 4 Mac, 2012 mulai jam 9.00 pagi. Semua penerima anugerah dan ibubapa dijemput hadir ke majlis ini yang akan dirasmikan oleh Puan Shahanim. Penerima anugerah terdiri daripada:

1. Anugerah cemerlang dalam kelas
2. Anugerah cemerlang Kelas Permata
3. Anugerah peningkatan prestasi akademik
4. Anugerah kehadiran penuh
5. Anugerah cemerlang kelas KAFA
6. Anugerah cemerlang UPKK
7. Anugerah Nilam Tahap 1 dan 2
8. Anugerah Kelas Pra Mutiara
9. Anugerah sahsiah terpuji Tahap 1 dan 2
10. Anugerah Warna Sekolah
11. Anugerah tokoh murid
12. Anugerah cemerlang UPSR 5A
13. Anugerah cemerlang UPSR 4A1B

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga akan menjadi contoh ikutan kepada murid-murid lain.

Selasa, 7 Februari 2012

Lagu SK Simpor "GENERASI BERJAYA"

Mulai tahun 2012, SKS telah mempunyai lagunya sendiri dengan menggunakan lirik sedia ada. Dicipta oleh bekas pensyarah muzik IPSAH Sungai Petani, En. Pakhuruddin Hj. Moktar. Lagu ini diberi nama "Generasi Berjaya" oleh Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Simpor, Encik Mukhtar Bin Hj Hashim dan dilancarkan secara rasminya pada 8 Februari 2012.


GENERASI BERJAYA

Kami generasi muda
Cahaya sinaran negara
Berikrar penuh setia
Pada raja dan negara

Wawasan asas kemajuan
SKS asas pendidikan
Curahkan ilmu pengetahuan
Menjanjikan masa hadapan

Bersatu berpadu
Menuju era jaya
Belajar berusaha
Pasti akan berjaya

Guru mendidik dan membimbing
Jasa baktinya yang mulia
Bekerjasama membantu
Kearah kejayaan


Warga SK Simpor 2012

Inilah wajah-wajah pendidik gigih SK Simpor yang akan menerajui kecemerlangan tahun 2012. Selamat bertugas semua! Semoga segala usaha kita diberkati Allah jua. Insya Allah.