Isnin, 19 November 2012

KONVOKESYEN UPSR 2012

MAJLIS KONVOKESYEN UPSR 2012
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya di dalam UPSR 2012. Kami tumpang gembira di atas kejayaan anda.....
Bacaan doa oleh Yang Berbahagia Ustaz Tuan Haji Zulkepli Bin Haji Ahmad
Ucapan oleh Tuan Guru Besar Encik Mukhtar Bin Hj Hashim

Sebahagian para ibu yang penyayang

Ini pula sebahagian bapa yang prihatin

Ini wajah-wajah kejayaan yang cemerlang..... TAHNIAH!!!




Cemerlang 5A dan 4A1B
Kelas 6 Pintar 2012
Kelas 6 Cerdik 2012

Tahun 6 2012

Wajah keriangan 5A....... Tahniahhhhh..................

Ibu dan bapa tumpang gembira. Tahniah kepada PKHEM, Puan Rahaida Binti Abdul Majid di atas kejayaan anaknya, Nur Ain Hannani Binti Mohamad Zakir, yang mendapat 5A.

KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2012

Konvokesyen Pra Mutiara 2012
Graduan cilik Pra Mutiara


Selasa, 6 November 2012

Aktiviti Selepas UPSR

Beriadah di Cinta Sayang Water Park

Dah sampai, tunggu nak masuk je....

Kami akan menawan Water Park ini dengan cemerlangnya, macam UPSR

Syoknyaaaa......... Mai la cikgu join sekali.

Ni Pak Guard, Life Guard, Beg Guard merangkap Pelampong Keselamatan...... Cikgu Sam.....

Rabu, 17 Oktober 2012

GURU GANTI

Kekosongan guru segera diganti......

Berikutan kekosongan seorang guru iaitu Puan Fauziah Bt. Mansor yang cuti bersalin, seorang guru ganti diberikan oleh PPDKMY iaitu Cik Waisyul Ayuna Binti Ahmad Napiah. Selamat bertugas cikgu. Jasa cikgu tetap dikenang. "Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi." Moga murid SK Simpor akan berkembang segar dengan kehadiran cikgu.......

DEWAN TERBUKA

Landskap baru SK Simpor.... akan terbina sebuah dewan terbuka serbaguna menggantikan padang yang sekangkang kera ini.

MAJLIS BACAAN YAASIN

Memohon Keberkatan Illahi, Majlis Bacaan Yaasin Setiap Khamis

Telah menjadi amalan warga SK Simpor memohon keberkatan dari Allah bagi setiap usaha yang dilakukan demi rezeki yang halal. Majlis bacaan Yaasin diadakah pada setiap pagi Khamis. Ini adalah majlis yang berlangsung pada 18 Oktober 2012, diketuai oleh Ustaz Akmal Hizam Bin Darus.

LOKASI SEKOLAH


LIHAT SEKOLAH MELALUI GOOGLE

KELAS KAFA

Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain

Beginilah gigihnya guru-guru KAFA mendidik anak-anak dengan agama. Tahniah atas usaha anda semua. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa anda. Insya Allah.

Selasa, 16 Oktober 2012

AKTIVITI SELEPAS UPSR

Lepas UPSR, bermacam-macam kemahiran diterapkan.....

Antara aktiviti yang dijalankan selepas UPSR bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sebagai persediaan ke sekolah menengah.

Ni dia cara-cara nak buat inti karipap pusinggg......
Eeee patah sat gi senduk tu, pelan-pelan sikit Kak.....

Kalau nak tau, chef kat hotel-hotel kebanyakannya adalah lelaki, hang nak malu apa? Ni dia bakal chef terkenal..... he he he

PEMBINAAN DEWAN TERBUKA

Akhirnya pembinaan dewan terbuka serbaguna bermula....

Kerajaan Malaysia melalui peruntukan khas Menteri Pelajaran telah meluluskan pembinaan dewan terbuka serbaguna untuk sekolah ini setelah menunggu sekian lama. Syukur Alhamdulillah kerana dengan berkat usaha gigih kita bersama, permohonan kita dikabulkan. Diharapkan dengan terbinanya dewan ini, aktiviti murid dan guru dapat dijalankan pada sepanjang tahun. Dewan ini juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat. Terima kasih MALAYSIA yang kucinta.

Ahad, 9 September 2012

Ulangtahun Kemerdekaan ke 55

Semangat kemerdekaan yang disemai supaya murid tahu bahawa kemerdekaan bukan mudah dan tidak percuma. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

 

Jamuan Hari Raya 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 0-0
 
 

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat UPSR 2012

Terima kasih kepada semua yang telah hadir ke majlis bacaan Yaasin dan solat hajat sempena UPSR 2012 pada 9 September 2012 di Mesjid Batu Lintang, bersebelahan Sekolah Kebangsaan Simpor.