Tahniah kepada semua yang berjaya. Terima kasih kepada semua warga sekolah, PIBG, guru KAFA dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut. Kerja sepakat membawa berkat, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Terima kasih semua. Moga Allah jua yang dapat membalas jasa anda semua. Insya Allah.
Isnin, 28 Mac 2011
Ahad, 6 Mac 2011
Sejarah Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Simpor ditubuhkan pada tahun 1911 oleh Tuan Haji Abdul Hamid, Penghulu Kampung Batu Lintang ketika itu. Sekolah ini mendapat nama sempena sejenis pokok yang tumbuh subur di kawasan hadapan sekolah ini, iaitu “pokok Simpor”. Pokok Simpor ini masih hidup subur tegak merendang di kawasan hadapan Sekolah Kebangsaan Simpor hingga sekarang dan menjadi tempat murid-murid berteduh serta menjadi lambang kebanggaan sekolah ini.
Sekolah ini didirikan bersebelahan dengan rumah guru besar pertama yang dikenali sebagai Cikgu Hashim kira-kira 15 km dari bandar Sungai Petani. Sekolah pertama didirikan diperbuat daripada papan sementara atapnya menggunakan atap rumbia. Pelajar-pelajarnya hanya belajar sambil bersila kerana tiada kerusi dan meja. Mereka menggunakan papan batu sebagai papan tulis kerana ketiadaan buku.
Pada zaman sebelum penjajahan, sistem pendidikan di sekolah ini adalah berasaskan pengajian Al-Quran. Bidang ilmu yang diajar meliputi Tajwid, Feqah, Fardhu Ain, Tasawwur dan sebagainya. Walau bagaimana pun, pelajaran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira turut diajarkan dan tulisan yang digunakan ketika itu ialah tulisan jawi. Pelajar yang datang ke sekolah ketika itu hanyalah pelajar lelaki sahaja kerana pelajar perempuan tidak digalakkan belajar mengikut pandangan masyarkat ketika itu.
Apabila Tanah Melayu dijajah, sistem pendidikan Tanah Melayu telah berubah dan perubahan ini turut berlaku di sekolah ini. Sukatan pelajaran pula digubah oleh pihak penjajah.
Semasa perang dunia ke 2, sistem pendidikan dan kurikulum sekolah berubah secara mendadak apabila Jepun yang memerintah ketika itu memperkenalkan Bahasa dan Lagu Kebangsaan Jepun.
Pada tahun 1945, apabila British kembali memerintah, sekolah ini diterajui kembali oleh Pentadbiran Kementerian Pelajaran ketika itu. Pada masa inilah, pelajar perempuan mula dibenarkan belajar di sekolah ini. Namun demikian, penduduk setempat masih tidak membernarkan anak mereka ke sekolah.
Bangunan batu mula-mula sekali dibina pada tahun 1938. Selepas 17 tahun merdeka, iaitu kira-kira 36 tahun selepas bangunan kekal dibina, sebuah lagi bangunan 2 tingkat dibina iaitu pada tahun 1974. Pada tahun 1987, banguna 3 kelas pasang siap ditempatkan berhadapan dengan padang sekolah, namun sekolah terpaksa mengadakan persekolahan 2 sesi kerana tidak cukup bilik darjah. Sebahagian murid terpaksa menumpang di sekolah Agama berhampiran dengan bertambahnya bilangan murid di sekolah ini.
Kesesakan ini berkurang apabila Sekolah Kebangsaan Bukit Kecil (kini Sekolah Kebangsaan Darulaman) dibina. Sekolah ini telah dinaikkan taraf daripada sekolah gred B kepada sekolah gred A pada tahun 1994. Kini, sekolah yang berdiri megah di Kampung Batu Lintang ini menjadi sebuah sekolah kebanggaan penduduk tempatan.
Makmal komputer telah mula dibina pada tahun 2002 dan masih dalam pembinaan. Kini, Sekolah Kebangsaan Simpor mempunyai 425 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6, 29 orang guru dan 5 orang kakitangan bukan guru.
Keluasan kawasan sekolah masa kini ialah 1.425 ekar mengandungi 1 blok bangunan 2 tingkat, 2 blok bangunan setingkat, sebuah kantin, sebuah rumah guru, sebuah bengkel kemahiran hidup, sebuah pondok pengawal dan sebuah makmal komputer.
Langgan:
Catatan (Atom)